PENGENALAN KONSEP BILIK PPDa
Bilik
Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) adalah merupakan “one stop
center” yang menyediakan satu pusat akses maklumat pendidikan pencegahan
dadah yang lengkap kepada murid-murid, guru, ibu bapa dan komuniti
setempat.
Maklumat
dan bahan-bahan berkaitan PPDa dalam pelbagai medium boleh meningkatkan
lagi pengetahuan murid khususnya tentang bahaya penggunaan dadah,
rokok, inhalan dan juga gejala sosial lainya. Malah apa sahaja maklumat
yang mempunyai hubungkait dengan masalah penggunaan dadah boleh
dimuatkan bagi menambah nilai maklumat yang sedia ada.
Bilik
sumber PPDa sekolah dicadangkan diwujudkan di setiap sekolah
terutamanya bagi sekolah-sekolah yang berada di persekitaran yang
berisiko tinggi. Bagi sekolah-sekolah yang tidak dapat menyediakan
sebuah bilik untuk tujuan tersebut, boleh mewujudkan sudut PPDa seperti
menggunakan sudut-sudut di bawah tangga bangunan, dinding atau lorong di
dalam bangunan, sudut di dalam bilik kaunseling, bilik displin, bilik
kesihatan /rawatan atau tempat-tempat lain yang difikirkan sesuai.
Secara
umumnya, Bilik Sumber PPDa Sekolah bukan sahaja sebagai pusat untuk
mengakses maklumat berkaitan PPDa, malah merupakan pusat operasi atau
bilik gerakan kepada JK PPDa di sesebuah sekolah. Bilik Sumber PPDa
dapat memberikan impak yang lebih besar kepada perancangan dan
pelaksanaan program PPDa di sebuah melalui empat strategi utama iaitu
pengurusan dan kepimpinan, kurikulum,kokurikulum dan pembangunan
sahsiah. Ia juga boleh digunakan sebagai tempat membangunkan karekter
murid khususnya bagi melahirkan murid-murid yang memiliki minda dan
sikap antidadah.
RASIONAL
Dapatan
kajian (NIDA : 2000) menunjukkan bahawa sekolah institusi terbaik bagi
memberikan pendidikan pencegahan awalan. Sementara itu,pendekatan
interaktif, program yang bersifat jangka panjang dan ada pengukuhan
didapati lebih memberikan kesan kepada murid-murid.
Oleh
itu,Bilik Sumber PPDa Sekolah dilihat sebagai pemangkin dan sangat
wajar diwujudkan di setiap sekolah bagi memudahkan pihak sekolah
menyebar bahan dan maklumat PPDa secara interaktif, sistematik dan
efektif disamping dapat diakses dengan mudah oleh murid-murid, guru dan
masyarakat sekitarnya.
MATLAMAT
Bilik
Sumber PPDa diwujudkan untuk menyediakan satu pusat sumber maklumat
lengkap berkaitan pendidikan pencegahan dadah yang boleh diakses oleh
murid, guru dan juga ibu bapa dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran membanteras penggunaan dadah ke arah merealisasikan hasrat
melahirkan Sekolah Bebas Daripada Dadah Menjelang Tahun 2012.
OBJEKTIF
1. Menyediakan satu pusat akses maklumat lengkap berkaitan
Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah-sekolah.
2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pendidikan pencegahan
dadah di kalangan murid secara lebih sistematik dan berkesan.
3. Menjadi bilik gerakan kepada perancangan dan pelaksanaan
program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah.
4. Menjadi tempat interaksi murid-murid dalam usaha membangunkan
karektor murid cemerlang.
SASARAN
MURID, GURU, KAKITANGAN SEKOLAH DAN IBUBAPA
MURID, GURU, KAKITANGAN SEKOLAH DAN IBUBAPA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan